Tuesday, May 31, 2011

Review & Ulasan Filem "Kongsi"


Kami nak review & ulas filem Kongsi:Lu Langsi Lu Mati..


Filem Kongsi mendapat kutipan lebih RM7.5 juta sepanjang di tayangkan di pawagam seluruh negara..

INFO
Pengarah : Farid Kamil
Pelakon : Shaheizy Sam,Fizo Omar,Azad Jasmin,Yana Samsudin,Bront Palarae
Terbitan : Metrowealth Pictures Sdn Bhd
Genre : Aksi,Komedi

PLOT & JALAN CERITA

Tumulak (Shaheizy Sam), seorang pembunuh upahan berasal dari Thailand telah diupah oleh Ketua Gangster Thailand iaitu Kimpedu(Bront Palarae). Kimpedu yang tamakkan kuasa dan wang, merancang untuk membunuh setiap ketua kongsi gelap di Malaysia bagi menimbulkan kekacauan diantara kumpulan kongsi gelap Melayu, Cina dan India. Ini akan memudahkan kumpulannya menyusup masuk dan menguasai kawasan pemerintahan dan perniagaan ahli kongsi gelap di Malaysia.

Tumulak (Shaheizy Sam)

Kimpedu(Bront Palarae)

ULASAN & PANDANGAN

Bagi kami cerita nie amat menarik & sangat menghiburkan..Ada juga kami dengar mengatakan cerita nie "kureng"..Yang cakap tu dah tengok kew belum cerita nie..?? Jalan cerita disusun agak cantik,adegan aksi di selang-selikan dengan adegan lucu amat menarik & tidak membosankan serta membuatkan anda tsangat teruja..Cerita nie mungkin lebih menonjolkan sentimen-sentimen kongsi gelap 3 kaum utama di Malaysia iaitu kaum melayu,india & cina..Dalam cerita nie setiap kaum mempunyai ayahanda-ayahanda tersendiri siap ade abang kawasan lagi tu..Sesiapa yang dah tengok mesti perasan..Tapi cerita nie memang amat memuaskan serta menghiburkan..Cerita nie mungkin sesuai untuk penonton 13 tahun ke atas..Dari 5 bintang kami bagi 4 bintang..


Ayahanda-Ayahanda dalam Filem Kongsi


4 BINTANG UNTUK FILEM KONGSI

No comments:

Post a Comment