Tuesday, May 31, 2011

Filem-Filem Melayu Yang Akan Di Tayangkan Di Pawagam



Senarai Filem-Filem Melayu Yang Akan Ditayangkan Di Pawagam..





TOYOL NAKAL (02 Jun 2011)

Pengarah : Z. Lokman
Pelakon : Joey Exist,Aaron Frando Alfred,Julia Ziegler,Abon,Mr.Os dan Bobby
Terbitan : Artistik Pictures Sdn. Bhd.
Genre : Komedi

PLOT & JALAN CERITA

Sebuah cerita Komedi semasa dengan lebih seribu ketawa. Toyol Nakal memulakan kisahnya dengan seorang budak yang digelar Toyol. Usianya baru 13 tahun tapi nakalnya sangatlah pelik. Dia sanggup meninggalkan bangku sekolah walaupun berasal dari golongan berada. Kawannya bukan saja seusia dengannya tapi orang dewasa.Walaupun nakal tapi hatinya mulia. Toyol yang lama meninggalkan kemewahan hidup pulang semula ke banglo tempat dia dibesarkan. Didapati suasana telah lain, ayahnya kahwin baru, itupun sesudah kematian ibunya beberapa tahun dulu.


KL GANGSTER (9 Jun 2011)

Pengarah : Syamsul Yusof
Pelakon : Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Zizan Raja Lawak, Adi Putra, Zul Huzaimy, Sheera Iskandar, Wan Maimunah dan Ridzuan Hashim.
Terbitan : Skop Production Sdn Bhd
Genre : Aksi

PLOT & JALAN CERITA

KL Gangster mengisahkan seorang gangster yang dipenjarakan. Selepas keluar penjara, dia ingin membina hidup baru tetapi tersepit apabila kumpulan gangster kembali mengejarnya. Sama ada kembali ke pangkal jalan mahupun terus dengan kumpulan yang pernah menghancurkan hidupnya, semua akan jadi paparan filem KL Gangter.


3,2,1 CINTA (16 Jun 2011)

Pengarah : Azhari Mohd Zain
Pelakon : Diana Amir,Farid Kamil,Pierre Andre,Musapha Kamal,Sheila Mambo,Zila Bakarin
Terbitan : Metrowealth Movies Production Sdn bhd
Genre : Cinta,Komedi

PLOT & JALAN CERITA

MENGISAHKAN Sam, anak gadis yang berpewatakan kasar seperti lelaki yang baru sahaja berpindah untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej. Dia bertemu semula dengan kawan baik semasa sekolah iaitu Fariz di situ. Dalam masa yang sama, Sam mula ditakut-takutkan dengan fakta bahawa dengan sikap kasarnya itu, dia akan ditakuti oleh semua lelaki dan dia akan bersendirian sampai mati.


RASUK (23 Jun 2011)

Pengarah : S. Baldev Singh
Pelakon : Fouziah Ghous,Iqram Dinzly,Sidek Hussain,Fauziah Nawi,Khir Mohd Noor
Terbitan : White Merpati Entertainment Sdn. Bhd. , Sri Saheb Production Sdn Bhd
Genre : Seram

PLOT & JALAN CERITA

Sebuah kisah seram yang membongkar misteri sebuah banglo Melayu lama. Banglo Melayu yang terbina sejak dari zaman pemerintahan Jepun itu kelihatan indah dan teguh dengan keceriaan penghuni silih berganti tanpa sebarang gangguan sehinggalah dengan kehadiran sepasang suami isteri Arman dan Melati. Arman, seorang pengarah fotografi bersama isterinya Melati, bersetuju untuk mendiami banglo tersebut yang cukup indah dan tenang jauh dari hiruk pikuk kebisingan kota. Misteri bermula apabila Melati secara tidak sengaja telah terlanggar batu tanda yang terletak di kawasan rumah tersebut.


SEKALI LAGI (30 Jun 2011)

Pengarah : Hashim Rejab
Pelakon : Shaheizy Sam,Lisa Surihani,Mia Sara Nasuha,Bront Palarae,Kartina Aziz,Shasha,Zul Handyblack,Bob Lokman
Terbitan : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Genre : Cinta

PLOT & JALAN CERITA

Selama ini, ARMAN percaya bahawa dirinya merupakan seorang pengidap autisme. Namun realiti sebenarnya bakal berubah dalam sekelip mata, ketika dirinya semakin menghampiri hari perkahwinannya. Untuk sebab yang tidak diketahuinya, Arman mendapat mimpi yang menyuruhnya agar tidak meneruskan perkahwinan dengan Farina.Hubungan Arman dan Farina juga semakin bermasalah. Malah, dalam satu salah faham,Farina telah bergaduh dengan Arman dan meninggalkannya seorang diri di tepi jalan. Dalam perjalanan pulang itu, Arman hampir menjadi mangsa ragut samseng.


KARIPAP-KARIPAP CINTA (31 Ogos 2011)

Pengarah : Othman Hafsham
Pelakon : Gambit Saifullah,Melia Aimellia,Eman Manan,Sani Sudin,Rosnah Johari,Patrick Teoh dan Chef Wan
Terbitan : -
Genre : Komedi

PLOT & JALAN CERITA

Ali adalah seorang pemuda yang bersopan dan baik perangainya tetapi kurang memiliki cita-cita dan motivasi.Dia bekerja di sebuah syarikat yang menerbitkan akhbar politik dan majalah misteri. Tugasnya adalah untuk mengambil foto tempat-tempat yang kelihatan seram dan mengubahsuainya kepada gambar yang kelihatan mempunyai hantu. Dia jatuh hati pada Sarah,yang bekerja sebagai Kartunis.

Lebih Banyak lagi filem-filem baru yang akan ditayangkan..tunggu...


No comments:

Post a Comment